Kitab Zaad al-Ma’ad (زاد
المعاد) atau judul panjangnya Zaad al-Ma’ad fi
Hady Khair al-‘Ibad (زاد
المعاد في هدي خير العباد)
adalah antara karya al-Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (751H).
Diriwayatkan bahawa Ibn al-Qayyim menyusun kitab ini ketika beliau bermusafir
sambil duduk atau menunggang di atas untanya.
Secara asasnya, melalui kitab ini, penulis (Ibnul Qayyim)
membentangkan perjalanan sejarah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam secara sistematik dan tersusun. Beliau memulakan kitabnya dengan
keutamaan diutusnya Rasulullah kepada para manusia Diikuti dengan
latar-belakang Rasulullah dan keluarganya, ibu susuannya, penjaganya dan
fasa dakwah beliau. Kemudian penjelasan tentang sikap dan karektor
Rasulullah.
Setelah itu, penulis mengetengahkan pula petunjuk-petunjuk beliau
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bermula dari persoalan berpakaian dan
tatacara bermuamalah. Petunjuk beliau ketika berwudhu, solat, bermula
dari takbir sehinggalah salam. Kemudian diteruskan kepada solat jumaat,
solat kusuf, solat istisqa’, sehinggalah kepada solat ketika safar serta
yang selainnya. Sebenarnya, kitab ini merangkumi pelbagai persoalan
agama, dari yang asas sehinggalah kepada yang rumit. Kitab ini
membawakan kepada anda persoalan sejarah dan perjalanan hidup Nabi
bersama-sama para sahabatnya, yang mana di dalam membentangkan rentetan
sejarah tersebut penulis membentangkan sama persoalan wahyu, persoalan
iman/tauhid, persoalan bersuci, persoalan solat, ibadah (seperti puasa,
haji, zakat, i’tikaf, zikir), ziarah kubur, persoalan wanita, mu’amalah
terhadap orang kafir, jihad, kisah-kisah peperangan di zaman beliau,
adab-adab seorang muslim, persoalan sihir, perubatan yang terdapat di
dalam al-Qur’an dan hadis (Tibbun Nabawi), dan pelbagai lagi yang
lainnya di mana di dalamnya terhimpun pelbagai faedah ilmu agama yang
sangat bermanfaat.
Memiliki dan membaca kitab ini adalah suatu perkara yang sangat
penting bagi setiap Muslim. Kerana, para pembaca akan menemui segala
sesuatu yang sangat diperlukan oleh setiap insan, dari seorang tokoh
ikutan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mungkin tidak
diperolehi oleh para pembaca dari buku-buku lainnya secara terperinci.
Buku ini membahaskan persoalan sejarah (sirah), fiqh dan aqidah dalam
satu waktu yang sama, dalam sebuah rangkaian buku.
Silahkan Download
Bekal Perjalan Akhirat (Zaadul Ma’ad)
0 komentar:
Post a Comment